Monday, 10 August 2015

Definisi Alam Fauna Dalam Islam

  • Fauna merupakan haiwan (makhluk Allah selain daripada manusia & dan flora) yang berada di setiap tempat di pelusuk dunia.
  • Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota.
  • Zoologists dan paleontologists menggunakan fauna untuk merujuk kepada koleksi tipikal haiwan yang boleh didapati dalam masa yang tertentu atau tempat, contohnya seperti "Sonoran Desert fauna" atau "Burgess Syal fauna".

 

Labah - Labah [surah al-Ankabuut]





Allah S.W.T telah menjelaskan penciptaan labah-labah dalam Al-Quran iaitu surah Al-'Ankabuut.

Al-‘ankabu atau ‘ankabatun yang lebih dikenal dengan al-‘Ankabut adalah bentuk mufrad dari kata ‘anakib atau kata ‘ankabutat merupakan nama salah satu jenis serangga berkaki delapan yang dalam bahasa Indonesia disebut "laba-laba" ataupun "spider" dalam bahasa Inggeris.





Serangga ini membuat sarang dalam bentuk jaring-jaring dari benang sutra (air ludahnya) yang dihasilkan dari perutnya, yang juga berfungsi sebagai perangkap mangsa. Kata al-‘Ankabut merupakan nama salah satu surat di dalam al-Quran, iaitu Surah al-‘Ankabut ( Surah ke 29), terdiri daripada 69 ayat.


Meskipun al-‘Ankabut merupakan nama surat, kata al-‘Ankabut itu sendiri hanya ditemukan dua kali di dalam Alquran, iaitu pada Surah al-‘Ankabut (29): 41 : “Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindungnya selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah, kalau mereka mengetahuinya).”


LEBAH [An Nahl]




Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat baik dan menarik.

Lebah adalah seeokor binatang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, maka lebah taat pada perintah-Nya.

Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka bertemu di tengah.

Madu lebah yang telah terhasil tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia dalam kehidupan.

Fungsi Lebah & Madu Dalam Perubatan

- Sesungguhnya madu merupakan ubat-ubatan bagi semua orang, bagaimana bentuk penyakit dan bangsa mana pun orang tersebut. Hal ini dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu"padanya terdapat ubat bagi manusia",dan bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit.

BISA LEBAH

Kegunaan bisa lebah adalah untuk merawat Arthritis, rheumatism. sakit tulang belakang dan penyakiy kulit. Pada zaman moden ini pula ia menjadi rawatan elternatif untuk penyakit multiple sclerosis. Sengat lebah merupakan kombinasi kompleks multi-komponen yang unik, mengandungi lebih kurang 30 bahan aktif biologikal, Komponen pharmacological yang utama ialah peptide-melilitin, apamin, peptide 401, adolpin dan protease inhibitors.

Pendapat kedua ini memberikan pandangan berdasarkan dalil-dalil berikut:


Bahasa Arab

Mereka menyatakan lafaz syifa' merupakan isnm nazkirah yang tidak semestinya bermakna umum. Ia lebih bermaksud ubat sebahagian penyakit untuk sebahagian orang.

  • Hadis nabi yang mengisyaratkan bahawa setiap  penyakit pasti ada ubatnya. Sedangkan ubat tersebut hanya diketahui oleh sebahagian orang sahaja.
  • Perbuatan Rasullulah yang berbekam dan tidak menggunakan madu sebagai uabat dalam semua keadaaan.
  • Ramuan ubat yang diberikan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.
  • Amalan para sahabat nabi dan tabiin.
  • Kenyataan ilmu pengetahuan.
  • Gambaran secara akal.

CARA MENGGUNAKAN MADU

Dr Abdul Karim Najip menyebutkan cara menggunakan  madu untuk rawatan sebagai berikut:



  • Pesakit dilarang meminum sebarang makanan selama lapan jam sebelum berubat dengan meminum madu.
  • Minumlah madu lebah kemudian pula air untuk meringan madu tersebut.
  • Jika penyakit tersebut ringan, larangan makan makanan lain boleh dikurangkan masanya.
  • Penyakit kulit boleh diubati dengan menyapu madu tersebut.
  • Menggunakan madu bukan bermakna mensia-siakan pemeriksaan dan penggunaan ubat lain.
  • Keimanan dan kesabaran adalah sifat yang semestinya dimiliki pesakit supaya proses berjalan dengan baik.

Fungsi Tumbuh-Tumbuhan


  • Bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya
  • Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari
  • Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir
  • Sebagai hasil pendapatan manusia
  • Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba
  • Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon dioksida daripada atmosfera

No comments:

Post a Comment